Reka Bentuk dan Teknologi {Smart Super Kids!}
- Faktor Reka Bentuk
- Fungsi = Reka bentuk perlulah memenuhi tujuan produk itu dibuat.
- Rupa bentuk = Reka bentuk mestilah menarik hati pelanggan.
- Kesesuaian bahan = Bahan yang dipilih untuk membuat produk perlulah sesuai dan mudah didapati
- Kaedah pembinaan = Reka bentuk perlulah mudah dan tidak rumit dalam proses menghasilkannya
- Ketahanan = Reka bentuk perlulah sesuai ketahanannya dengan produk yang akan dihasilkan
- Kos = Kos produk yang hendak dihasilkan hendaklah berpatutan
- Kemasan = Kemasan yang digunakan perlulah sesuai dengan produk yang hendak dihasilkan
- Keselamatan = Setiap produk yang hendak dihasilkan hendaklah selamat sepenuhnya
- Nilai komersial = Produk yang dihasilkan hendaklah berkebolehan untuk dipasarkan
- Jenis Bahan
- Papan
- Kayu beroti
- Kayu Jerjak
2. Papan lapis = Kayu hasil buatan manusia dan beberapa kepingan vernier (kayu nipis) dilekatkan bersama. Saiz yang berada dipasaran umumnya 2440mm x 1220 mm dan 4880mm x 1220 mm. Manakala saiz yang terdapat di pasaran ialah 3mm-32mm. Terdapat dua jenis papan utama iaitu :
- Kalis air
- Tidak kalis air
- Kegunaan yang biasa berdasarkan papan lapis :
- Perabot
- Dinding
- Pintu
- Kotak
3. Medium Density Fibreboard (MDF) = Bahan genetik (komposit) yang dibuat daripada serat kayu lembut dan juga bahan kayu terbuang. Biasanya dikemas dengan ahan kemasan untuk mendapatkan permukaan yang berwarna atau bercorak ira kayu. Bod biasa digunakan dalam industri perabot. MDF dapat dikemaskan dengan cat dan varnis. Biasanya, bahan ini dipasarkan dengan saiz biasa 2440mm x 1220mm. Selain saiz, ketebalan yang dipasarkan terdapat dalam kuantiti yang banyak.
4. Mounting board = Diperbuat daripada kertas tebal yang ketebalannya 2mm. Saiz biasa dipasarkan ialah 610mm x 1220mm dan 610mm x 910mm. Bahan ini juga sesuai untuk dijadikan pelapis dan hiasan.
- Jenis Pengikat
1. Paku = Digunakan untuk mencantukan kayu dan kepingan logam pada kayu. Diperbuat daripada kelut lembut. Siaz ditentukan oleh panjang batangnya. Terbapat dua jenis paku yang digunakan :
2. Skru = Digunakan untuk mengikat kepingan kayu, logam, dan memasang engsel. Skru diperbuat daripada keluli lembut, kumprum dan loyang. Skru boleh ditanggal dan dipasang, serta genggamannya teramat kuat. Skru biasa digunakan mengikut bentuk kepalanya. Saiz boleh dintentukan dari kepala ke hujung skru. Terdapat dua jenis dan juga pemutarnya masing-masing.
- Skru beralur lurus diputar dengan pemutar skru rata
- Skru kepala berpalang diputar dengan pemutar skru phillips
3. Glu = Digunakan untuk mencantumkan kepingan kayu supaya kukuh dan kekal terutama ketika melekatkan tanggam. Terdapat dua jenis glu yang biasa digunakan iaitu :
- Glu PVA untuk perabot
- Glu sentuh yang terdapat dalam dua jenis
- Alatan Tangan dan Mesin
- Peraturan ketika menggunakan mesin gerudi lantai
- Pastikan mata gerudi diketatkan dengan kemas dan tangggalkan kunci bindu sebelum gerudi digunakan.
- Outar bindu dengan tangan untuk memastikan mata gerudi terletak di tengah2 dan berputar dengan bebas,
- Gunakan ragum gerudi untuk mengapit benda kerja yang kecil
- Penyanggaraan mesin bertujuan untuk memastikan mesin berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
- Matikan suis mesin
- Tinggalkan mata gerudi dengan menggunakan kunci hindu
- Bersihkan mata gerudi dan meja gerudi daripada sisa dan habuk
- Simpan mata gerudi dan kunci hindu di tempat asalnya
- Minyakkan bahagian mesin yang bergerak
- Aspek keselamatan diri,rakan dan mesin gerudi
- Murid-murid perlu mendapat kebenaran daripada guru terlebih dahulu sebelum menggunakan mesin gerudi.
- Hanya seorang murid sahaja dibenarkan menggunakan mesin gerudi dalam suatu masa.
- Pakai gogal semasa menggerudi
- Sebelum memulakan kerja menggerudi, pastikan gerudi berada dalam keadaan yang selamat.
- Jangan letakkan tangan berdekatan dengan lubang yang hendak digerudi
- Sebagai langkah keselamatan, jangan buang serpihan atau habuk kayu hasil kerja menggerudi dengan tangan. Sebaiknya, gunakan sebatang berus untuk melakukannya.
- Proses Reka Bentuk
1. Lukisan Projek = Lukisan yang dihasilkan untuk menggambarkan bentuk dan saiz projek. Ianya dibuat dalam bentuk samada 2 atau 3 Dimensi.
- Cara-cara melaksanakannya
- Buat lakaran bebas bentuk 2/3D
- Dimensikan lakaran
- Nilai dan pilih mana satu yang sesuai
2. Pembinaan Projek = Ukur, tanda, potong dan bina projek untuk dihasilkan produk.
3. Pasangan = Engsel, Breket, Penyangkut
4. Kemasan = Tepung penyumbat, Syelek, lekar, cat, lilin