KHB 1UMS ★

Bab 2 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek (The Experts)

2.1 Pengenalan Reka Bentuk dan Teknologi

2.1.1 Definisi Reka Bentuk dan Teknologi

Reka Bentuk ialah suatu aturan atau susunan perancangan bahan dalam konteks penghasilan sesuatu produk. Reka bentuk memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita kerana reka bentuk mempengaruhi hampir setiap perkara yang kita lakukan

Teknologi ialah pengajian dan pengetahuan tentang usaha manusia dalam mencipta sesuatu. Teknologi telah banyak menyumbang kepada keperluan kita dalam pengurusan kerja seharian.

2.2 Faktor Reka Bentuk

  1. Fungsi
    » Berfungsi ­
  2. Rupa bentuk
    » Menarik
  3. Kesesuaian bahan
    » Mudah didapati
  4. Kaedah Pembinaan
    » Tidak merumitkan
    » Tidak membazirkan masa
  5. Ketahanan
    » Tahan ketika digunakan
    » Tahan ketika disimpan
    » Tidak mudah rosak, patah atau pecah
  6. Kos produk
    » berpatutan
  7. Kemasan
    » bersesuaian dengan penggunaan
  8. Faktor Keselamatan
    » mesra pengguna dan mesra alam
    Tidak boleh mencederakan dan membahayakan pengguna
  9. Faktor Kormersial
    » Boleh dipasarkan
    » Mampu manarik pembeli

2.3 Jenis Bahan dan Pengikat
2.3.1 Bahan
1) Kayu
       ·Bahan semula jadi daripada pokok.
       ·Ada pelbagai bentuk seperti papan tebal, papan nipis, kayu beroti, kayu jerjak. 



 
<><><><><><><><><>   <><><><><> <><><>  <> <><><>   <><><><><><>   <><><><>   <><><> <><><>  <> <><><><><>   <><><><><><>   <><><><>  <> <><><>  <> <><><>   <><><><><><>   <><><><>   <><><><>  <>

Jenis

Tebal

Lebar

Panjang

Papan tebal

38mm-100mm

150mm dan lebih

3-6 meter

Papan nipis

10mm-38mm

76mm dan lebih

3-6 meter

Kayu beroti

38mm-100mm

75mm-

3-4 meter

Kayu jerjak

150mm20mm-38mm

25mm-76mm

3-6 meter

2) Papan lapis
       ·Papan lapis adalah kepingan beberapa kayu nipis.
       ·Ada 2 jenis: kalis air dan tidak kalis air.
       ·Kegunaan untuk buat perabot, dinding, pintu atau kotak.
3) MDF
      ·Bahan komposit daripada serat kayu dan kayu terbuang.
      ·Biasa digunakan dalam pembuatan perabot.
4) Mounting board
      ·Diperbuat dari kertas tebal. Ketebalan=2mm
      ·Diguna sebagai pelapik atau sebagai hiasan.


2.3.2 Jenis Pengikat
a) Paku
- Paku digunakan untuk mencantum kayu. Ia diperbuat daripada keluli lembut. Saiz paku ditentukan oleh panjangnya.
- memaku secara serong akan menguatkan cengkaman paku.

b) Skru
- Skru adalah penyambung separa kekal kerana ia boleh dicabut semula setelah dipasang.
- Skru digunakan untuk mengikat kepingan logam, kayu dan memasang engsel.
- Ada 2 jenis alur kepala skru: 1. Alur lurus
                                                2. Alur philips




c) Glu
- Untuk mengukuh cengkaman bahan.
- Ada 2 jenis iaitu Glu PVA dan Glu sentuh.
- Glu PVA untuk perabot(kayu) dan tidak tahan air.
- Glu sentuh untuk melekat 2 bahan berlainan seperti kayu dengan plastik. Ia lebih kuat dari glu PVA.

2.4 Alatan Tangan dan Mesin
2.4.1 ALATAN TANGAN  
Pembaris Keluli

Kegunaan : Mengukur dan memindahkan jarak
Saiz : 30 cm dan 15 cm
Binaan : Dibuat daripada keluli
    Pita Pengukur

    Kegunaan : Mengukur jarak
    Saiz : 3 M dan 6 M
        Sesiku L

        Kegunaan :
        1. Untuk membuat garisan lurus bersudut tepat
        2. Untuk menguji kerataan
        3. Untuk menguji ketepatan
        4. Untuk menguji kepersegian
        Saiz : Ditentukan mengikut panjang bilahnya
        Binaan : Bilahnya dibuat daripada kelulu. Badan dibuat daripada kayu atau logam.
          Gergaji Tangan

          Kegunaan : Untuk memotong kayu, papan, papan lapis dan MDF
          Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya dan bilangan gigi dalam setiap 25mm
            Gergaji Puting

            1. Kegunaan : Untuk memotong lurus kayu dan papan bersaiz kecil
            2. Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya
              Gergaji Lengkung Halus

              1. Kegunaan : Untuk memotong lengkung pada kepingan papan nipis dan papan lapis
              2. Saiz : Ditentukan jarak antara mata gergaji dengan bingkai
                Gergaji Besi


                1. Kegunaan : Untuk memotong rod besi dan PVC
                2. Saiz : Ditentukan oleh panjang
                  Gerudi Tangan
                  1. Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan papan yang nipis
                  2. Mata gerudi pintal digunakan bersama gerudi tangan

                      Tukul Kuku Kambing
                    Kegunaan : Untuk mengetuk paku dan mencabut paku
                      Saiz : Ditentukan oleh berat kepalanya
                        Tukul Warington

                        Kegunaan : Untuk mengetuk paku kecil di tempat yang sukar
                            Gandin Kayu
                            Kegunaan : Untuk mengetuk hulu pahat atau menanggalkan cantuman papan projek
                               Pahat tepi serong

                              Kegunaan : Untuk membuat parit dan lurah serta meratakan dasarnya.
                              Saiz : Ditentukan oleh lebar matanya
                                  Kikir Parut


                                  Kegunaan : Untuk mengikir dan membentuk hujung kayu
                                      2.4.2 MESIN
                                      1. MESIN GERUDI LANTAI
                                        1. Kegunaan Mesin gerudi digunakan untuk menggerudi lubang pada kepingan kayu dan logam
                                        1. Bahagian dan fungsinya
                                          1. Penutup = Melindungi tali sawat dan takal
                                          2. Suis = Menghidup dan mematikan motor
                                          3. Bindu = Memutar mata gerudi
                                          4. Mata gerudi = Membuat lubang pada kayu atau logam
                                          5. Meja gerudi = Menempatkan ragum gerudi
                                          6. Pelaras Meja = Melaraskan aras meja gerudi
                                          7. Tuas Pemasuk = Menurunkan dan menaikkan bindu
                                          8. Motor = Memutar bindu
                                          9. Pengunci Bindu = Mengetatkan dan melonggarkan bindu
                                          10. Ragum Gerudi = Memegang objek ketika kerja menggerudi
                                        2. Peraturan Keselamatan ketika menggerudi
                                          1. Penggunaan mesin hendaklah dilakukan oleh pelajar dengan pengawasan guru
                                          2. Hanya seorang sahaja mengendalikan mesin
                                          3. Pakai pakaian yang sesuai
                                          4. Pakai gogal untuk melindungi mata
                                      2. MESIN GERUDI TANGAN ELEKTRIK
                                        1. Kegunaan:
                                          1. Mengerudi lubang kayu atau kepingan logam
                                        2. Bahagian dan fungsinya
                                          1. Bindu = memegang dan memusingkan mata gerudi
                                          2. Suis = menghidup dan mematikan motor
                                          3. Pemegang = memegang dan mengendalikan mesin
                                          4. Kabel = menghantar arus elektrik
                                        3. Cara Menggunakannya
                                          1. Mengerudi secara menegak
                                          2. Menggerudi secara mendatar


                                                                   2.5.2 PEMBINAAN PROJEK
                                              1. Proses Mengukur
                                          1. Ukur panjang bahan Ukur lebar bahan

                                            Mengukur berdasarkan maklumat kertas projek
                                            1. Proses Menanda
                                              Menanda panjang Menanda lebar
                                              Menanda ukuran panjang, lebar dan tebal
                                            2. Proses Memotong
                                              Mengerat
                                              Memotong kayu dan bahan kepada ukuran yang dikehendaki. Memotong kayu dan bahan kepada beberapa bahagian
                                            3. Proses Membina dan Mencantum
                                              Membina tanggam dan mencantuk menggunakan bahan cantuman
                                              i. Tanggam Lekap Palang ii. Tanggam Lekap T iii.Tanggam Temu iv. Tanggam Temu
                                              1. Membuat tanggam
                                                • Pilih tanggam yang sesuai
                                                • Ikuti langkah-langkah yang betul
                                                • Setelah siap pasang dan uji ketepatan dan kekuatan tanggam
                                              2. Mengglu
                                                • Pilih glu yang sesuai dengan bahan yang digunaan
                                                • Pastikan bahagian-bahagian yang perlu telah dipasang
                                                • Biarkan bahagian yang diglu kering sekurang-kuarangnya satu hari semalam
                                              3. Memaku
                                                • Gunakan paku yang sesuai , jika papan nipis paku yang kecil dan pendek
                                                • Jika papan atau kayu tebal hendaklah ditebuk lubang dengan gerudi terlebih dahulu
                                                • Jika papan nipis hendaklah dibuat lubang pandu dengan menggunakan senggerek , gerimit atau alat lain yang sesuai


                                      2.5.3 KEMASAN 

                                      I = Cat Licau II. Tepung Penyumbat III. Syelek IV. Cat Semburan V. Spirit

                                      1. Bahan kemasan
                                        1. Tepung Penyumbat
                                          1. Kegunaan : untuk menyumbat liang-liang kayu
                                          2. Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan
                                          3. Cara menggunakannya : boleh dicairkan dengan menggunakan air dan turpentine
                                        2. Cat Alas
                                          1. Kegunaan : untuk menjadikan permukaan kayu lebih licin dan menjadi alas sebelum menggunakan cat licau
                                          2. Kelebihan : Menjadikan cat licau lebih menarik warnanya dan lebih rata sapuannya
                                          3. Cara menggunakannya : disapu atas permukaan kayu sebelum menyapukan dengan cat licau
                                        3. Cat Licau
                                          1. Kegunaan : untuk menutup liang-liang kayu dan kecacatan kayu disamping mencantikkan kayu dengan warna terpilih
                                          2. Kelebihan :
                                            • Permukaan berkilau, licin dan mempunyai warna yang menarik
                                            • Memberi ketahanan dan perlindungan kepada kayu
                                          3. Cara menggunakannya : Dilarutkan dengan turpentine dan di sapu dengan berus
                                        4. Cat semburan
                                          1. Kegunaan : untuk mengecat permukaan logam
                                          2. Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan
                                          3. Cara menggunakannya : goncangkan bekas cat. Semburkan dengan cara menggerakkan semburan secara berulang-ulang
                                        5. Syelek
                                          1. Kegunaan : untuk mecantikkan kayu dan melindungi permukaan kayu
                                          2. Kelebihan : kos murah dan cepat kering
                                          3. Cara menggunakannya : larutkan syelek dengan pelarutnya (spirit methil) dan sapukan ke atas permukaan kayu mengikut arah urat kayu
                                        6. Tona kayu
                                          1. Kegunaan : untuk mencantikkan kayu dan menyamakan warna ke atas produk yang dibuat daripada pelbagai jenis kayu
                                          2. Kelebihan :
                                            • Mudah digunakan
                                            • Cepat kering
                                            • Masih kelihatan urat kayu
                                            • Setiap bahagian mempunyai warna yang sama
                                        7. Lekar
                                          1. Kegunaan : mencantikan permukaan kayu dan melindungi permukaan kayu
                                          2. Kelebihan : tahan haba dan tahan calar
                                          3. Cara menggunakannya : dilarutkan dengan 'thinner' . Disapu terus atas permukaan kayu atau atau lapisan syelek
                                        8. Pelekat (Fomika dan stiker)
                                          1. Kegunaan : Untuk menutup permukaan kayu dengan corak yang cantik dan menarik
                                          2. Kelebihan : memudahkan kerja pengemasan dan menutup kecacatan permukaan kayu
                                          3. Cara menggunakannya : Disapukan glu dan diseterika di atasnya
                                      2. Bahan Pelarut
                                        1. Spirit Methil
                                          1. Kegunaan : untuk melarutkan syelek dan membersihkan berus syelek
                                        2. Turpentine
                                          1. Kegunaan : untuk mencairkan cat licau dan membersihkan berus cat
                                        3. Thinner
                                          1. Kegunaan : untuk mencairkan lekar dan membersihkan berus lekar
                                      3. Alatan kemasan
                                        1. Kerta Las
                                          1. Kegunaan : untuk melicinkan permukaan kayu
                                          2. Cara menggunakannya : digunakan dengan bungkah kayu lalu digosokkan mengikut urat kayu. Mulakan dengan gred kekasaran kasar (3,2,1) dan disudahi dengan gred kekasaran yang halus (0, 00)
                                        2. Pengikis
                                          1. Kegunaan : untuk mengikis kotoran atau lebihan tepung penyumbat.
                                          2. Cara menggunakannya : Gerakkan hujung mata pengikir mengikut arah urat kayu
                                        3. Berus Syelek
                                          1. Kegunaan : untuk menyapu syelek dan lekar
                                          2. Cara menggunakannya : bersihkan berus dengan pelarut yang sesuai dan sapu syelek ikut arah urat kayu. Setelah selesai bersihkan semula dengan pelarutnya (contoh spirit methil) dan diikuti dengan air sabun dan keringkan.
                                        4. Berus Cat
                                          1. Kegunaan : untuk menyapu cat licau dan cat alas
                                          2. Cara menggunakannya : cuci berus dengan pelarut dan sapukan berus ke satu arah mengikut arah urat kayu
                                          Penjagaan berus
                                          • Berus yang selesai digunakan hendaklah di cuci dengan pelarus yang sesuai
                                          • berus syelek dicuci dengan spirit methil, berus cat dicuci dengan turpentine dan berus lekar dicuci dengan thinner.
                                          • Berus yang telah dicuci hendaklah digantung dalam tin atau peti untuk menggantung berus
                                          • Jangan mencampur-adukkan penggunaan berus.

                                      2.6 Reka Bentuk Projek
                                      2.6.1 Pernyataan Masalah atau Keperluan

                                       Mengenal pasti Masalah dan keperluan
                                      • Tiada produk di pasaran
                                      • Produk sedia ada terdapat kegagalan dan kelemahan
                                      • Produk sedia ada susah dikendalikan
                                      • Produk di pasaran besar dan berat
                                      • Produk sedia ada tidak praktikal dalam cuaca negara ini
                                      • Produk sedia ada mahal
                                      • Produk sedia ada tidak menjimatkan masa atau terhad penggunaannya
                                      Mengumpul maklumat dan data


                                      1. Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea





                                      • Data dan maklumat yang diperolehi dengan
                                        1. menyiasat
                                        2. membaca
                                        3. membuat lawatan
                                        4. melayari internet
                                        5. temuramah
                                      • Semua maklumat dan data hendaklah direkodkan dalam buku idea.
                                      • Buku idea ialah buku yang merekodkan tarikh, lakaran, senarai bahan, butir penemuan dan lain-lain perkara yang berkaitan


                                      1. Menilai dan memilih idea yang terbaik





                                      • Kumpulkan semua idea dan lakarkan idea tersebut
                                      • Analisa dan pilih satu idea yang terbaik


                                      1. Pembinaan (perlaksanaan idea)





                                      • Rancang carta aliran kerja
                                      • Pilih idea dan lakaran , sediakan bahan yang diperlukan
                                      • Tentukan bahan dan pengikat yang akan digunakan
                                      • Pasang setiap bahagian dan bahan dengan tepat dan kukuh
                                      • Pilih kemasan yang sesuai
                                      • Gunakan kemasan sewajarnya dan pastikan ia menarik


                                      1. Pengubahsuaian





                                      • Pengubahsuian perlu dilakukan sekiranya
                                        1. Terdapat beberapa bahagian produk tidak berfungsi
                                        2. Keseluruhan produk tidak berfungsi
                                        3. Terdapat bahagian produk tidak selamat dan berbahaya kepada pengguna
                                      • Ingin membuat penambahan kepada produk sedia ada
                                      • Ingin membuat tukaran bahan atau jenis pengikat


                                      1. Pendokumentasian Satu laporan lengkap secara bertulis
                                      • Butiran Laporan mestilah mengandungi
                                        1. Tajuk
                                        2. Latar belakang
                                        3. Objektif
                                        4. Deskripsi projek
                                        5. Rujukan
                                        6. Lampiran
                                    1. Label: ,

                                           to the top